Polisi Privasi QHUB
Kemas kini: 25 November 2026
QHUB (qhub.my) ialah perisian pengurusan mesej, lead, tempahan dan posting media sosial untuk perniagaan. Polisi ini menerangkan data yang kami proses, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Data yang kami kumpul
- Akaun pelanggan QHUB: nama, e-mel, nombor telefon, nama dan jenis perniagaan.
- Akaun yang disambung: apabila anda log masuk dengan Facebook, Instagram, Threads, TikTok atau WhatsApp, kami menyimpan token akses (disulitkan), ID dan nama Page/akaun yang anda pilih. Buat masa ini sambungan auto-post dan WhatsApp rasmi tertentu diurus melalui penyedia Zernio, yang memegang token akaun itu bagi pihak kami.
- Mesej dan komen: mesej Messenger, Instagram Direct, WhatsApp serta komen pada Page/akaun anda dan, apabila disambung, komen pada video TikTok anda, supaya anda dan bot AI anda boleh membalas.
- Chat WhatsApp lama (pilihan): jika pemilik hub menekan "Ambil chat lama", teks chat individu dari WhatsApp nombor bisnes itu (bukan group, bukan gambar) disalin ke hub pemilik untuk melatih bot. Pemilik menyemak dahulu; chat yang tidak dipilih dipadam, dan semuanya boleh dipadam bila-bila masa.
- Kandungan yang anda jadualkan: teks, gambar dan video untuk diterbitkan.
- App telefon QHUB (iPhone/Android): token notifikasi peranti (untuk hantar notifikasi mesej dan tempahan kepada anda), jenis peranti dan versi app. Face ID / kod laluan diperiksa oleh telefon anda sendiri; QHUB tidak pernah menerima data biometrik. App tidak menjejak anda dan tidak mengandungi iklan.
Cara data digunakan
- Memaparkan dan membalas mesej serta komen pelanggan anda, termasuk balasan automatik oleh AI bagi pihak perniagaan anda.
- Merekod lead, tempahan dan peringatan temujanji.
- Menerbitkan post yang anda jadualkan.
Kami tidak menjual data, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak berkongsi dengan pihak ketiga kecuali penyedia yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan, termasuk: Meta Platforms (Facebook, Instagram, Threads, WhatsApp), TikTok, Zernio (sambungan auto-post dan WhatsApp rasmi), Hostinger (pelayan di Malaysia), Stripe dan BCL (bayaran langganan) dan Anthropic (model AI untuk menulis balasan). Jika pemilik hub sendiri menyambungkan Claude atau ChatGPT miliknya dan menghidupkan "AI boleh baca chat pelanggan", chat yang dibaca dihantar kepada akaun AI pemilik itu atas arahan pemilik; pemilik boleh mematikannya bila-bila masa. Data setiap perniagaan disimpan dalam pangkalan data berasingan di pelayan di Asia.
Simpanan dan keselamatan
Token disulitkan (AES-256-GCM). Data disimpan selagi akaun anda aktif. Selepas akaun ditutup atau permintaan padam diterima, data dipadam dalam masa 30 hari. Untuk mengelak trial berulang, kami menyimpan cap jari (kod sehala, bukan nombor penuh) nombor WhatsApp yang pernah bersambung bersama 4 digit terakhirnya.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda pada bila-bila masa. Lihat Padam data, atau putuskan sambungan akaun di halaman Sambungan dalam QHUB.
Hubungi
Learn Codex · e-mel: admin@learncodex.my
Privasi · Privacy (English) · Terma · Padam data
© 2026 QHUB / DrQIM. Hak cipta terpelihara.