Terma Perkhidmatan QHUB
Kemas kini: 25 November 2026
Dengan mendaftar dan menggunakan QHUB, anda bersetuju dengan terma berikut.
- Anda mesti pemilik atau pentadbir sah bagi setiap Page, akaun Instagram, Threads dan nombor WhatsApp yang anda sambungkan.
- Anda bertanggungjawab ke atas kandungan, harga dan maklumat yang anda masukkan untuk bot AI, serta mematuhi Terma dan Polisi Meta, termasuk polisi mesej WhatsApp dan Messenger.
- Dilarang menggunakan QHUB untuk spam, mesej tanpa kebenaran penerima, kandungan menipu, atau aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia.
- Balasan AI dijana secara automatik dan mungkin tidak sempurna. Anda boleh mengambil alih perbualan atau mematikan bot pada bila-bila masa.
- Trial percuma adalah selama 14 hari. Selepas itu perkhidmatan dihentikan sehingga langganan diaktifkan. Data anda disimpan selama 30 hari selepas trial tamat.
- Satu nombor WhatsApp = satu trial. Nombor yang pernah bersambung dalam satu akaun trial tidak boleh memulakan trial baharu dalam akaun lain. Sambung semula dalam akaun asal sentiasa dibenarkan; untuk guna dalam akaun lain, akaun itu mestilah berlangganan atau diluluskan oleh kami.
- Slot trial adalah terhad. Sila sambungkan WhatsApp dalam masa 3 hari selepas mendaftar (atau selepas notis daripada kami, atau selepas WhatsApp terputus). Jika WhatsApp tidak bersambung dalam tempoh itu, slot trial akan dibatalkan dan diberikan kepada orang lain yang menunggu; data disimpan 7 hari untuk rayuan (balas SAMBUNG SEMULA di WhatsApp 012-645 9143), kemudian dipadam. Tidak terpakai untuk langganan berbayar.
- Hak cipta & harta intelek: © 2026 QHUB / DrQIM. Hak cipta terpelihara. Dilarang menyalin, mengubah suai, membuat kejuruteraan balikan (reverse engineering) atau mengekstrak kod, reka bentuk, prompt atau ciri QHUB.
- Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
- Perkhidmatan disediakan "seadanya". Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung akibat gangguan platform pihak ketiga.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Hubungi: admin@learncodex.my
Privasi · Privacy (English) · Terma · Padam data
© 2026 QHUB / DrQIM. Hak cipta terpelihara.